Serunding Mak!

Serunding Mak! - Merupakan antara serunding yang terbaik yang dibawakan khas dari Kelantan Darul Naim. Dengan proses penghasilan yang rumit dan menyeluruh, Serunding Daging dan Ayam Mak! adalah merupakan salah satu keluaran serunding terbaik di Malaysia!

Dengan respon positif dari pelbagai lapisan pelanggan serunding Mak! pada musim perayaan 2011 dan 2012, kini kami membawakan kepada anda Serunding Mak! asli yang boleh didapati sepanjang tahun.

Berpusat di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur, anda kini boleh mendapatkan produk ini pada bila - bila masa sahaja! Sungguh mudah. Kini anda tidak perlu lagi berbelanja besar untuk berkunjung ke Negeri Kelantan untuk mendapatkan rasa asli serunding Mak!






Antara kelebihan utama Serunding Mak!sebagai makanan utama anda! 

- Mempunyai jangka hayat yang lama. Dengan cara penyimpanan yang betul, Serunding Mak! boleh disimpan selama 6 bulan hingga 1 tahun, tanpa kehilangan rasa uniknya. Hasil daripada proses pembuatan yang komplek dan menyeluruh ( beberapa peringkat berbeza - beza yang dilakukan untuk memastikan hasil yang terbaik), Serunding Mak! mempunyai jangka hayat yang lama.

- Mempuyai rasa yang unik dan tersendiri. Serunding Mak! dihasilkan daripada campuran lebih dari 10 rempah berbeza (dijamin halal) untuk menghasilkan satu rasa yang unik dan lazat. 

- Sesuai menjadi peneman hidangan utama anda - sifat Serunding Mak! yang versatil dan mudah untuk dimakan menjadikan ia hidangan ideal untuk santapan anda. Ia boleh dimakan bersama sebagai lauk nasi, inti pastri seperti karipap dan pai, roti, dan merupakan lauk yang ideal dan enak untuk ketupat nasi dan ketupat palas. Rasa kontra pada ketupat dan Serunding Mak! amatlah sesuai bersama. Malahan, Serunding Mak! juga boleh dinikmati begitu sahaja seperti snek!. Sungguh mudah! 

- Pembungkusan kedap udara memastikan Serunding Mak! kekal segar dan tiba kepada anda dalam keadaan terbaik, tanpa melibakan risiko kehilangan rasa dan tekstur. Pembungkusan kedap udara juga mematikan tiada habuk atau partikel pencemaran udara dari persekitaran mencemari hidangan anda.

Ingin mencuba sendiri kehebatan dan keenakan serunding mak? Hubungi kami di 019 - 241 0567 untuk tempahan dan maklumat lanjut. 

p/s: Ingin mencuba keropok asli terengganu? Klik gambar di bawah untuk pilihan anda!