Soalan Lazim (Frequently Asked Question) FAQ

Frequently Asked Question (soalan lazim) FAQ:

1. Ada caj penghantaran?

Caj penghantaran adalah seperti berikut:
1. Percuma = Kuala Lumpur, Gombak.
2. RM5.00 = Selayang, Sg Buloh, Puchong, Seri Kembangan, Cheras, Subang Jaya.
3. RM7.50 = Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Kajang, Semenyih, Shah Alam, Puncak Alam, Rawang,
4. RM10.00 = Batang Kali, Bestari Jaya, Jeram, Kapar, Klang, Dengkil, Sepang dan lain-lain yang tidak dinyatakan, pada kadar jarak yang sama.

Bayaran adalah per trip, bukan per pek. (jika anda berada di gombak, dan order 10 pek keropok, caj delivery adalah tetap rm5 sahaja, bukan rm50)

2. Bilakah penghantaran dibuat?

Penghantaran hanya dibuat pada hari Jumaat dan Sabtu. Hari lain boleh datang ke pusat operasi kami di kondominium PV2, Taman Melati, Setapak.

Urusan penghantaran istimewa untuk kes kes tertentu juga disediakan. Hubungi kami di 019 - 241 0567 untuk maklumat lanjut. 

3. Berapa harga 1 pek keropok?


1 pek keropok lekor kami berharga RM10.00 dan mengandungi 5 batang keropok dengan berat +-500gm dan percuma 1 pek sos pencicah. Pelanggan boleh membeli sos ekstra dengan harga 50 sen per pek.




4. Adakah keropok lekor ini memang dari Terengganu?


Ya, keropok lekor kami original dari Terengganu, dibungkus kedap udara untuk memelihara kesegaran dan tahan lebih lama.




5. Bagaimana cara penyimpanan keropok untuk tahan lebih lama?


Untuk tahan lebih lama (sehingga 2 ke 3 minggu), para pelanggan hendaklah menyimpan keropok di dalam peti ais bahagian atas (freezer).




6. Cara penyediaan?


Apabila hendak di goreng, keluarkan dari peti ais dan biarkan selama beberapa minit, bilas dengan air, potong mengikut kesesuaian anda, goreng sehingga garing untuk rasa lebih sedap.

7. Apa produk lain di bawah Produk Mak selain keropok lekor?

Kami juga ada menjual Keropok Keping, Serunding Daging dan Serunding Ayam. Jika berminat, boleh WhatsApp kami di 019 241 0567 atau klik gambar di bawah