Produk Mak! adalah merupakan gabungan produk keluaran bumiputra yang dihasilkan dari seluruh pelusuk negara Malaysia. Diasaskan pada November 2011, Produk Mak bermula hanya dengan Serunding Mak! asli yang dihasilkan di Kg. Laut, Kelantan.
Berpusat di Taman Melati, Setapak, Kuala Lumpur, Produk Mak! kini boleh dinikmati oleh penduduk sekitar lembah klang dan selangor dengan khidmat "SHOP to DOOR" (kami hantar terus ke rumah anda) service. Penghataran ke seluruh Malaysia menggunakan perkhidmatan POSLAJU juga disediakan. Klik sini untuk maklumat lanjut.
Kini, produkmak.com juga membawakan produk khas dari Terengganu, Keropok Ikan Mak! yang dihasilkan dari ikan tamban segar. Produk kami dihasilkan di Kuala Terengganu, berkualiti tinggi, dibuat daripada ikan terpilih, tanpa kanji!. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Keropok Ikan Mak! di sini.